Sila masukkan laporan bagi kursus dan taklimat yang telah anda hadiri sepanjang tahun 2008 di dalam blog ini menggunakan "User ID" dan "Password" yang telah diberikan. Sebarang masalah berkaitan format pengisian laporan ke dalam blog ini, sila berhubung dengan penyelaras ICT. Bagi masalah berkaitan teknikal, emailkan terus ke cybersufi82@gmail.com untuk bantuan.
Tarikh : 9m- 10 Januari 2009
Tempat : Bilik Multipurpose
Anjuran : Pentabiran Sekolah
Kursus ini telah disampaikan oleh pengetua baru SMESH Tn. Hj Zaini Zair. Kursus ini bertujuan untuk memperbaiki lagi misi dan visi SMESH agar lebih terarah menuju ke matlamat yang dikehendaki. Semua guru telah menghadiri kursus ini dan ia merupakan sesuatu yang baru dan menarik. Setiap bahagian seperti kurikulum, HEM, Kokum, Jabatan, panitia, ICT dsb telah merancang pelan strategik masing-masing.
Sekian, terima kasih.
Hari: Ahad
Tarikh: 13 Oktober 2008
Masa: 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat: Hotel Beverly Hills, Kota Kinabalu.
Penceramah: Pn. Siti Meriam Bt Hussein, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kuala-Lumpur.
Anjuran: Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG), SM Sains Sabah.
Sasaran: Guru-guru SMESH dan AJK PIBG
Objektif:
i) Memberikan pendedahan pengurusan protokol di dalam majlis rasmi.
ii) Meningkatkan kemahiran etiket sosial dalam majlis.
iii) Menerangkan Imej dan dan ketrampilan diri dalam majlis rasmi.
Hasil Dapatan Kursus:
i) Mendapat pendedahan pengurusan protokol yang betul dan tepat dalam sesebuah majlis rasmi.
ii) Berkongsi pengalaman suka duka Pn. Siti Meriam sebagai pegawai yang mengendalikan majlis.
iii) Membina imej dan ketrampilan diri yang positif kerana ia melambangkan cerminan sesebuah organisasi yang diwakilinya.
Ulasan kursus:
i) Kursus ini sangat bagus dan memberikan banyak manfaat kepada saya mengenail Protokol, Etiket Sosial, Imej.
Disediakan oleh:
Hamidah Mohamad Zain.
24 Oktober 2008.
Kursus LDP SMESH
Hari: Sabtu
Tarikh: 11 Oktober 2008
Masa: 8.30am - 3.30 pm
Tempat: Teratak Kesumba, UMS, Kota Kinabalu.
Anjuran: SM Sains Sabah, Kota Kinabalu.
Objektif:
i) Kongsi ilmu dan pengalaman En Jaini B Laidin dalam Lawatan Benchmarking di Sekolah Berasrama Penuh, Thailand
ii) Mempelajari 21st Learning Core Skills and Soft System Methodology
iii) Memahami Pelan Strategi Kewangan 2009
Dapatan:
i) Hasil lawatan En, Jaini B Laidin, PK HEM ke Sekolah Berasrama Chulalonkon, Bangkok. Pengurusan sekolah lebih sistematik dan pengurusan pelajar dan asrama yang sangat efektif dan boleh dilaksanakan di SMESH mengikut acuan kita sendiri.
ii) Mengetahui dan mempelajari 21st Learning Core Skills and Soft System Methodology yang disampaikan oleh En. Ag. Zailani, guru ICT.
iii) Info-info terkini daripada Pn. Hjh. Rabitah Bt Abd. Manaf mengenai SBP untuk makluman dan perhatian guru-guru dan pendedahan pelan strategi kewangan sekolah bagi tahun 2009.
Cadangan Penambahbaikan Kursus:
i) Membuat kursus khusus tentang ICT kepada guru-guru selama tiga hari di luar sekolah.
Ulasan: Kursus ini wajar diteruskan kerana memberi info terkini dalam isu-isu pendidikan selaras dengan kehendak KPM.
Disediakan oleh:
HAMIDAH BT MOHAMAD ZAIN
24 OKTOBER 2008
Kursus LCMS dan LMS ITC Sabah dan WP Labuan
Tarikh : 13 - 15 Oktober 2008
Tempat : BTPN, Sabah
Penganjur : Unit Bestari, BTPN Sabah
Objektif :
1. Pemasangan Server SUSE ENP 10 SP2
2. Pemasangan LCMS & LMS A Tutor dan Moodle
3. Perkongsian Pintar Sekolah Bestari
Kursus dikendalikan Oleh En Jackson Siga.
Kursus ini amat menarik dan sangat berguna untuk diaplikasikan di sekolah.
Kursus ini akan disambung semula pada hujung tahun ini kerana maa kursus tidak memadai.
Kursus ini akan diaplikasikan kepada guru dan pelajar pada awal tahundepan dan memerlukan masa sekurang-kurang 5 hari.
Laporan En A Zailani, ITC SM Sains Sabah
Tarikh : 12 Sept 2008 ( Ahad )
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Hotel Beverly Hill, Kota Kinabalu
Anjuran : PIBG, SM Sains Sabah
Penceramah : Pn. Siti Meriam bt. Hussein, Institut Tadbiran Awam Negara ( INTAN )
Objektif :
1. Meningkatan Kemahiran Pengursuan Majlis dan Protokol
2. Meningkatkan kemahiran ketrampilan dan imej diri
3. Meningkatkan kesopanan, etika semasa menghadiri majlis
Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan SMESH-UMS
Tarikh : 11 Oktober 2008 ( Sabtu )
Masa : 8. 30 pagi - 4.30 Petang
Tempat : Kesumba, Universiti Malaysia Sabah
Anjuran : SM Sains Sabah
Objektif :
1. Perkongsian pengalaman dan maklumat Lawatan Benchmarking ke sekolah Thailand
2. 21st Learning Core Skills dan Soft System Metodhology
3. Plan Strategik Kewangan 2009
Bengkel Kajian Tindakan ( Action Research = AR)
Tarikh : 9 Sept 2008
Tempat : Pusat Akses
Anjuran : SM Sains Sabah
Penceramah : Dr Ng Kee Chuan, IP Gaya< Kota Kinabalu
Objektif :
1. Memahami apakah yang dimaksudkan AR
2. Membuat AR 2 kali setahun
3. Meningkatkan keberkesanan P & P
MINIT CURAI MESYUARAT PERTAMA PERTANDINGAN KARNIVAL BAHAS BAHASA INGGERIS PIALA TAN SRI DATUK WIRA ABDUL RAHMAN ARSHAD PERINGKAT GABUNGAN K KINABALU
1.Nama Mesyuarat : Mesyuarat Pertama Pertandingan Karnival Bahas Bahasa Inggeris Piala Tan Sri Datuk Wira Abdul Rahman Arshad Peringkat Gabungan Kota Kinabalu
2. Guru yang hadir : Pn. Aniza Kamarulzaman
3. Tarikh:J/Masa : 31 Mac 2008
4. Tempat : SM Stella Maris, Kota Kinabalu
5. Objektif : a) Mendengar taklimat peraturan dan syarat pertandingan oleh Pengerusi
Teknik
b) Penetapan tempat pertandingan
c) Penetapan sumbangan penyertaan
6. Kandungan Mesyuarat : Taklimat berkenaan peraturan dan syarat pertandingan telah diberi oleh Encik Azuhrie dari SM All Saints, Kota Kinabalu selaku Pengerusi Teknik Bahasa Bahasa Inggeris Ala Parlimen Daerah Gabungan Kota Kinabalu. Pertandingan akan diadakan pada 7 -9 Mei 2008 bertempat di SM Stella Maris, Tanjung Aru. Dalam mesyuarat juga sumbangan penyertaan telah ditetapkan sebanyak RM30.00. Pada mesyuarat akan datang sekolah –sekolah yang berminat untuk menyertai pertandingan ini diminta untuk membawa bersama senarai nama 2 orang guru dari sekolah masing-masing yang dicadangkan untuk menjadi hakim bahas bersama tajuk yang dicadangkan.
7. Bahan – bahan diperolehi:
a) Peraturan dan syarat pertandingan.
8. Tindakan susulan: Taklimat kepada Penolong Kanan 1, Pn Hjh Rabitah Abdul Manaf pada 31 Mac 2008 jam 11.30 pagi
9. Tarikh penyerahan Fail Mesyuarat :2 April 2008
Penerimaan Fail Mesyuarat :
Nama Fail Mesyuarat : Mesyuarat Pertama Pertandingan Karnival Bahas Bahasa Inggeris Piala Tan Sri Datuk Wira Abdul Rahman Arshad Peringkat Gabungan Kota Kinabalu
Tarikh: 2.4.2008
Tarikh : 7 Oktober 2008
Tempat : Makmal Komputer SM Sains Sabah
Anjuran : Unit ICT
Penceramah : Ust Zafrul Asmie Abd Salam
Objektif :
1. Memahamin pembinaan web menggunakan deamweaver
2. Membina web site mengguna paparan sendiri atau menggunakan template
Tarikh : 22 Sept 2008
Tempat : Makmal Komputer, SM Sains Sabah
Anjuran : Unit ICT SM Sains Sabah
Objektif :
1. Membina modul aktiviti P & P yang berkesan dalam makmal komputer
2. Setiap Panitia menyiapkan 2 modul yang terbaik

















