Khamis, 11 Mac - Keseluruhan pencapaian Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM ) 2009 SM Sains telah meningkat berbanding pencapaian tahun 2008. Seramai 16 orang pelajar telah mendapat semua A dalam subjek yang diambil berbanding 10 orang sahaja pada tahun lepas. Slip Keputusan peperiksaan boleh diambil bermula tengah hari ini di Dewan Seri Kinabalu. Pihak sekolah mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang berjaya dengan cemerlang.